Monday 27 January 2014

Kenyang Untuk Menangis

Subang Jaya: Seramai 37 orang menghadiri majlis yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat IT terkemuka di Dorsett Hotel, Subang Jaya. Majlis tersebut telah menghidangkan pelbagai jenis makanan berasaskan makanan melayu, barat dan Jepun dan dihidangkan mengikut 3 kategori iaitu pembuka selera. makanan utam dan pencuci mulut. Makanan bufet tengahari berharga RM75 untuk dewasa amatlah menyelerakan dan purata bintang yang diberikan pada makanan adalah 4.5 bintang daripada 5 bintang. 

Majlis ini dianjurkan sempena meraikan hari terakhir tiga staf HeiTech Defence. Tiga staf tersebut adalah Nuree, Wati dan Moon. Perpisahan mereka disambut dengan tangisan berserta hadiah tajaan HeiTech Defence, beberapa kepingan gambar yang telah dibingkaikan bersama tandatangan kesemua staff dan ucapan yang menyentuh perasaan daripada CEO HeiTech Defence. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengasas dan CEO The Needle Collections, Fatimah Zulkifly yang semakin menjadi kegilaan selepas menawarkan perkhidmatan pemotongan dan penambahan kain mengikut ketinggian pelanggan secara percuma. 




No comments:

Post a Comment